RSS
Showing posts with label CErita. Show all posts
Showing posts with label CErita. Show all posts

Schoolmates

Salam.. hi readers.. hihii 

Yesterday, after lab.. nak dijadikan cerita, teringat Ainul Basyirah said to meet Alisa at end of this week (1Dis).. Then, terus mesej Ainul cecepat memandangkan Ainul diam seribu bahasa tanpa bertanyakan khabar aku whether nak pergi sekali atau tidak. *hampeh tul awek sorang tu.. hehe 
Lepas itu, terus dapat information mengatakan dah nak bertolak. eceh macam apa je padahal naik ktm je pun.. The public is so crowded, maklumlah manusia mahu balik ke tempat perlindungan masing-masing setelah seharian mencari rezeki. ^^

Then, quickly pick up all things and cloths to overnight at UPM fuh3.. jarang-jarang saya buat begini. 
Actually, Alisa ambil baju graduation dia di Shah Alam dan mahu berjumpa kami serta mengajak kami menyaksikan bola bersama malangnya kami-kami tak dapat menunaikan hajat tersebut...Saya tak layan sangat bola tapi kalau orang bersemangat layankan la. Sangat bahagia bila dapat jumpa mereka dan bersama-sama.

Meet Zalikha Farhah, dia baru habis test at 10.00pm or something.First skali ayat dia bila jumpa saya "Far~ masih kurus lagi? " errkk... saya bahagia je begini. Looking at my friends semua agak naik badan. Saya pun sama naik jugak lah. hehe

At her college, Donut teached me and Ainul Spanish. ^_^ Berbelit-belit lidah. haha afterall sangat best dapat dengar cerita dia jadi translator bagai.. hehee

Esoknya, Donut (*her name is Nadiah) ada exam TOCIE macam exam English Communication lah. So, kami-kami planned mahu pergi MAHA 2012. Terus tunggu transport yakni bas. Kemudian...Amboi, dalam UPM.. ternampak staff2 plucking rambutans because they had cut the tree. Bestnya, their university is so big macam2 ada.Hmm i think UKM Bangi pun mesti best juga kan ^^..  

Bersesak-sesak selama beberapa jam then sampailah di MAEPS, dan berjimbalah food testing di MAHA 2012.. hehehee Di sana jumpa kak Haziqa Aniyah. selalu berjodoh dengan kak haqizah. Senyum-senyum je tengok kak haqizah dengan ehem-ehem dia. ^^..

En conclusión, el corazón está relajado sin pensar en el proyecto final.

Mucho gracias mi amigos ^_^



Hasta lavista ~
La Dolce Farhana :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memories never fade

Assalamualaikum ;)

Yesterday.. was my bestfriend birthday Aqidah, n before that Sakinah Azmi..
She's very happy when i wish her by SMSing after a long time lost contact.. :)
Sorry dear, but i never forget all our memories <3









********************************************

Below was other picture that remain me of school ^^

 Can u find me? MAHER dari form1-5 tapi tak jadi MT.guess why?

  Jamuan Tiara

Memories masa duk college ngan geng XD

*
*
*
*
Good Luck Aqidah, for yr exams
Tak sangka u n sakinah duduk satu bilik!
Qidah + Kinah = medical student Uitm
Titi + Far = Pharmacist student

Then after study bole join venture tak?? *wink2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Coretan

Assalamualaikum ;)

This gonna be a long post for me.. kowt?ecece Last weekend.. we went to Istana Budaya to watch Badai Semalam. Overall mestilah syok..ehehee tak sangka saya suka perasaan itu *the reality of all the celeberity berlakon dalam teater tu. Erra Fazira as Mazni punya suara sgt merdu, mestilah dengan sound system yg sgt ohsem.hihi Ziela Jalil as ibu Mazni ,Umie Aida as Puan Rohana, Aroon Aziz as Karim, Fizz Fairuz as Zaki..




Here i selitkan sekali review ^^

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ. 

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya. 

Dari perassan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti. 

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri. 

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni yang berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?.

Ending teater tu Mazni akhirnya dapat juga mencapai cita-citanya sebagai doctor dgn pertolongan Zaki sebab Zaki pon doctor. Karim accident sebab kecewa Mazni tinggalkan dia. Dan Mazni tak juga memilih Zaki. Mazni berhijrah ke Kuala Lumpur untuk membina hidup baru.

I suka teater ni *even though macam biasa je cerita dia kan^^ ianya mengisahkan sedikit sebanyak disebalik kehidupan seharian. Setiap yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman. Tidak mustahil jika apa yang kita miliki hari ini tidak akan sama dengan masa hadapan kelak. Tidak semestinya kita akan gagal dan derita buat selama-lamanya. 

Lakonan Era as Mazni sangat berbekas dalam hati saya *ceh berbunga la pulak en ;P dengan suara dia yg merdu n lagu2 dia pun sedap.

    *********************************************************
Lepas tue.Lepas tue. Finally.. last wednesday i dapat juga lunch buffet di Seoul Garden, Festival City Danau Kota after class.huu Bertapa dalam tu selama 3jam. Lama tak? kikii alang2 tu bia lunch+dinner sekali. Serius penoh pewut caye.haha Saya dan rakan2 tak perlu buy groupon ticket pun just guna student card dapat RM23 for student price. Jumpa sekali Chinesee girls Choy Ee,Suming Yeoh,Zihan n Yvone ;) diorang kata lainkali mahu pg bole pinjam groupon tu! hihi

Ada org kata ank2 dara ni tak reti susun makanan atas meja~~ =.=

Far + Ana = Farhana *bagus tak equation ni.hihihi

Sapgiri dan Syakgiri..ehehehe deriavtive onagiri

This is the place yang nak sgt pergi tuh.alaa ;B

Teleng kepala macam tengiling 

huh..

Dah kenyang.bubui ;P


Oh. banyak sgt nama all kinds of food there yang sedap tu ambil byk2 B-) i like teriyaki beef the most. Tapi sebab dah byk sgt jadi tak sesedap seperti suapan pertama sebab mula2 perut lapar sgt. Lepas makan, perut terus jadi penuh, bila nak jalan rasa mcm kura2 sebab tak bole jalan dgn cangkerang yg berat.hihihi Saya tak ingat byk pun apa yang saya makan tu ada la yang saya tahu char siew chicken, SzeChuan chicken, tomyam chicken. I also took curry chicken but i think i do not like it very much. Then, makan eskrem sebagai pencuci mulut~ Rasa sedap sgt dengan benda sejuk tue after dah makan too much oily foods.hihihi Lunch jadi sgt indah dengan gelak tawa rakan2 termasuk saya jugak.XD

After finished, kitorang solat n jalan2 sekejap.. Jumpa kedai bunga..mati2 saya ingat bunga betol! but its all plastic.huh naif betol.. 

Credit to Syakgiri ;P


style tak? hihihi

For me ^^
"Happiness is time spent with a friend and looking foward to sharing time with them again."- Lee Wilkinson

*With all this happiness congratez to Hamiesah n her hubby. She's my 2nd classmate yg dah menyelami satu fasa baru dalam hidup.Alhamdulillah dan Selamat Pengantin Baru..masih tak terlambat kan ;) 

  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

the family and i

assalamualaikum wbt.. zikri yang tadi duk golek-golek sebelah aku dah kaku.eh jangan salah anggap.dia dah tido.just want to say it's good to be home. yes home sweet home^^ di rumah rase sangat disayangi dan dikelilingi kebahagiaan bersama adik-adikku.oh maybe mereka kecil lagi sebab tu ape aku buat sebok nak mengacau.di rumah takde permainan pes, ke hapa pe.so, kalau aku balik abes lappy ni diorang nak pau main game. XD aku pulak sebok nak menghabiskan koleksi cerita yang aku copy dari kawan2.haisy2..masih kebudak-budakkan :P

so, ape cerita post memalam buta neh? XD saja nak mengisi blog menyatakan aku sayang family aku:') dah lama aku tak balik rumah, ade la beberapa bulan, sebab exam midsem hari tu awal sangat.tak sempat nak balik lama2 raye cina time tuh. cube belajar bersungguh-sungguh, tapi kalau dah rezeki takat tu je nak buat macam mane. alhamdulillah.

ya Allah, kau rahmatilah keluarga ini ;')

oh, bukan family pic yang aku letak, tapi pic yang menggambarkan segala kecelaruan otakku. cehh, ayat cam hapa.ok sambung balik ayat.dan akan sentiasa bercelaru.oh, kalau lah otak ni cepat je faham all sort of single thing yang aku belaja. 

ni pulak tengok je pun da macam kureng semangat.huhu. actually benda2 yang aku buat ni kekadang je tengok baca dan masuk dalam hati aku yang mulus nih.lain hari tengok macam angin lalu je.segala benda2 besar gabak ni akan terjadi kalau kekacauan jiwa berlaku time nak exam la pe lagi.lain hari aku enjoy! :P

opss..snap pic sendiri. ok dah2 jangan mun  mun *muntah lak. terus scroll ke bawah dah la

ni gamba kuku kaki mama ku tercabut.sebab terkena stand motor time nak ambil adik.cian mama.that's why u are the most precious to all of us!

oh, seperti biasa zikri dan aku memang suke snap lam kereta.dak kecik ni suke ambil gamba :') huhuu
kakak lap u lebey lah!

wear seat belt even though u duduk belakang okay XD (psttt * depan tuh ade polis actually XD)



The family.  We were a strange little band of characters trudging through life sharing diseases and toothpaste, coveting one another's desserts, hiding shampoo, borrowing money, locking each other out of our rooms, inflicting pain and kissing to heal it in the same instant, loving, laughing, defending, and trying to figure out the common thread that bound us all together.  ~Erma Bombeck

post ni hanyalah luahan hati penulis :P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

zahiril oh zahiril

assalamualaikum wbt.. bila bukak surat khabar harini..wuwuwu... instead of nak cuti hari pekerja kan harini kan.selamat bercuti lah buat sesapa yang penat2 kerja siang malam pagi petang, subuh, asar, zohor, maghrib, isyak pon stil kerja jugak.erkkk.. terlepas taip

aku sebenarnya..wuwuwu... sedih oo, ce tolong aku tenangkan hati aku sekarang... XD

sume sebab jejaka ini


015030837 Zahiril Adzim Mahu Cepat Kahwin Dengan Shera Aiyob

apa si jejaka ni telah lakukan? hua~~ dia dah tunang woo. pergh, melepas aku...kui3 khayalan semata-mata.Zahiri Adzim dah tunang dengan Shera Aiyob..ok lah tamaw mengediks lagi. marilah kita mendoakan kebahagiaan diorang dua neh.bace news kate mahu cepat kahwin dengan Shera ni.wuwuwu Tahniahlah korang. Semoga Bahagia ke anak cucu cicit yek..

.

aku minat giler si zahiril ni.sweet kan :P tapi takpo aih, pasni tunggu aku punya turn lak.erkk...sape nak tunang dengan kau.perasan..wuwuwuu..makan hatilah aku menunggu jantung pisang gugur.kui3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hampeh

Assalmualaikum.. hai blog, aku kata tak mahu update blog, tapi aku update.haisyh.. dan lagi, sekarang aku rase macam nak keluarkan api dari mulut aku, kalaulah boleh..bukan ape, busan lah tengok nota jer, kang tak tengok aku yang susah, nak main2 pun rase bersalah, haduuuhhh..betapa satu ujian buat aku di kala study week ni.oleh itu, kali ni kita update blog laju-laju~~ zasss

rutin harian aku ni same je lah, makan, tido, solat, study, tersengguk sebab nagntuk, dan jadi bengong2 sikit kalau dah takde mood nak tgok nota.oh, tolong...hari ni tetiba laptop ni pangil aku siap wishper2 lagi! aku dapat dengar beb, " far~ far~ on lah laptop, usha2 fb jap, update blog sekejap, main2 tumblr jap.."haha tak pon, cari lah info ker, tapi niat nak cari info jadi ke lain jugak nanti..kekekee

okei lah, pasni aku nak study pelbagai sistem tubuh dan chemotherapy selama 3 hari berturut-turut sebab aku da kantoi midsem! tak puas hati tolla*muka macam naga*.. then antiinfecctive and chemotherapy pon menunggu aku jugak! yang hairan bin ajaib, aku tak pulak rase, nota-nota aku tuh berwishper2 kat aku " far~~ far~~ bacelah aku" yang aku rase aku nak cepat habis je bace kertas2 tuh. 

okay, ini kisah lain pulak, jap g citer. orang yang membaca mesti busan dengan blog ni sebab aku takde keje lain, membebel pasal nota je budak ni.kalau dapat nota lecture tuh, main highlite je tak faham pebende pom kekadang.haha highite tu tunjuk cam ade confident lah sikit kan. pandailah kau :D

okay, hari selasa haritu, time aku nak tunggu turn ambil wuduk, aku tengoklah jendela rumah aku yang gedabak, dan kalau rase nak bunuh diri dari tingkat sepuloh plazarah, boleh jer berbuat demikian secara spontan, jangan risau mayat anda pasti akan ditemui sebab kat bawah tu ade hales cafe tempat aku makan mee kari selalu.hehee
berbalik kepada cerita kita, sambil2 aku tengok klcc tuh aku tunduk kan lagi pandangan aku kat anuar restaurant bawah dekat tempat aku tinggal nih.. tetibe tetibe .. okeh, start lah cerita kau. eh cerita aku

aku namekan budak kecik pertama yang aku nampak A, budak kecik kedua aku namekan B.haha aku nampaklah kelibat A berlari2 kecik melintas jalan... aku dah rase pelik dah, asal lah die sensorang je, mane mak bapak dia.nasib tak kene langgar moto yang lalu, dan nasib gak lah takde kereta yang melintas time tuh.so, kesimpulannya A dapat lah lintas jalan. pastu aku nampak lah mak dia baru keluar dengan B. pastu tetibe je mak  tu piat A, ;( aku rase A dalam dua tiga tahun kot.. dah la abes cerita...;D in conclusion, aku tersentuh, nape budak kecik tu kene piat telinaga, maybe tak kuat kot mak dia buat.aku faham perasaan mak A kalau A kene langgar moto tadi cane, cectiter? ;D dan aku tahu jugak perasaan A sebab aku pon penah mengalami ape yang A kena. *penah tak korang kene kejar dengan penyapu oleh mak korang sebab korang ni nakal tahap gaban? dan korang pon menyelamatkan diri dengan memanjat pokok jambu.eh pokok ape agaknyer aku panjat dulu ek. time kecik aku mmg tak bole nampak muke mak aku (takooot) huk3 tapi bila dah besar aku mulai faham.dan sekarang aku sangat bersyukur sebab aku ade mak dan ayah yang sangat sayang akuuuuuu! yabedabeduuuuuuuuuuuu...okei, sudah puas memuaskan hati aku, mari kita start speed membaca nota ;P assalamualaikum kawan2^^ aku tak sabar nak make up blog ni after exam puas2 !! 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kisah cinta kopi masin

assalamualaikum...
tetibe nak tulis kisah cinta, tapi saya tak pandai bercerita kisah cinta..so, cerita ni ambil dari sini, n hope satu hari nanti saye pandai bercerita..hehehee

Kisah cinta kopi masin

www.Halaqahnet
Pengirim :  raihan ety
Editor  :  PenaHalaqah


Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan. 

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka. 

"Astaghfirullah", bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya. 

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?" 

“Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum berpunya lagi”, jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini! 

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata 

"Berikan saya kopi masin!" 

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya. 

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?" 

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut....masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini" jawab lelaki ini. 

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan, mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya. Dia pasti seorang yang menyintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sanggat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya. 

Setelah peristiwa tersebut, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di ma'had tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka. 

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya. 

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya. 


"Sayangku,
 sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu.. 

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi." 

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu. 

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya,"Bagaimana rasa kopi yang masin?" 

Dia dengan pastinya menjawab,"Rasanya manis sekali" 


Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan,
Dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Wallahu a’lam 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS