RSS
Showing posts with label REMINDER. Show all posts
Showing posts with label REMINDER. Show all posts

SALAM MAAL HIJRAH C=

Assalamualaikum :)

SALAM MAAL HIJRAH

Saya mahu share doa awal dan akhir tahun..mungkin kita hampir terlupa dengan kalendar islam, saya pun hampir lupa bila harinya satu Muharam itu
tetapi alhamdulillah ada kawan2 yang saling mengingatkan dan berkesempatan untuk membaca doa ini.

Doa Akhir Tahun

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, apa jua yang kami lakukan pada tahun ini, yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakanya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal.. Engkau berkuasa untuk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakai-Mu, 
maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami.

Dan apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redha dan Engkau janjikan ganjaran pahala, maka kami pohonkan kepada-Mu Ya Allah, wahai Tuhan yang Pemurah, wahai Empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah daripada kami dan janganlah diputuskan harapan kami terhadap-Mu,
wahai Tuhan yang Pemurah!

Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Doa Awal Tahun

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.


Ya Allah, Engkaulah yang abadi, yang qadim (sediakala) dan yang awal. Dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kepemurahan-Mu yang sejati, tahun yang baru tiba ini kepada kami. 


Maka kami pohonkan kepada-Mu keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam, para penolongnya dan tentera-tenteranya, 
dan kami pohonkan pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh kejahatan dan pertolongan untuk bergiat dengan amalan yang menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan, wahai yang paling mengasihani di antara yang mengasihani.


Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berbuat baik kepada Ibu bapa

Assalamualaikum.. =)

pernah tak rase tak de mood? pastu tetibe je nak marah tak tentu pasal?
 padahal sebab benda kecik je
tak baik sebenarnya perangai ni ok
nanti kamu juga yg rugi
jadi dalam ape2 hal pun
tarik nafas dalam2
dan
bersabarlah ye
semoga ALLAH merahmatimu

kadang2 hati tak dapat juga menahan
semalam mmg tak de mood dgn parents
sebab hal kecil je pun
tapi ayah masih bersabar 
mama mmg awal2 da jauhkan diri 

so..bila dah sejuk
mule terfikir oh saye dah salah
terlalu ikutkan nafsu amarah

jadi hari ni nak kongsi
marilah kita berbuat baik kpd ibu bapa
tiap kali after solat jgn lupa berdoa utk mrk
dan
bagi yg jauh jgnlah lupa menghubungi mrk
bagi yg dah berumah tangga ambilah masa menziarahi mrk
mungkin anda tiada masa
walau sesibuk manapun ambillah masa menghubungi mrk 
berbuat baik dgn ibu bapa juga dapat pahala
mungkin anda berasa janggal jika anda mmg tak rapat dgn mrk
tapi tak salah kalau mulakan dari skrg
baik lelaki ataupun prmpn 
ibu bapalah sebab anda ada di dunia yg indah ni

ambillah masa baca artikel ni
manusia kdg2 mudah lupa
sekadar mengingatkan diri ini dan juga kamu ^^



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bohong Dalam Berkelakar

assalamualaikum =)
hari ni terasa ingin berkongsi ilmu pula
harap kamu punyai masa sebentar membaca

Bersikap jujurlah dalam bergurau senda
Rasulullah S.A.W bersabda:

" Celakalah bagi orang yg menghuraikan suatu cerita supaya kaum tersebut mentertawakannya
sedang dia berbohong.
Celakalah dia, Celakalah dia "

Dalam hadis lain Rasulullah S.A.W bersabda:

" Sayalah yang menjamin rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan kebohongan 
walaupun dia berkelakar. "

Subhanallah! Rasulullah S.A.W menjamin bagi anda sebuah rumah di syurga, jika anda meninggalkan kebohongan walaupun hanya sekadar berkelakar.
Jadi berkelakarlah dan bergurau sesuka anda,
akan tetapi jangan berdusta.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bicara hati

" Pertama,
adalah harapan dan doa kpd Allah Swt..
Ketika aku merinduinya,
aku selalu teringatkan Tuhan,
aku selalu bermohon kpdNYA agar DIA menguatkan jiwaku,
memberikan pertolongan kepadaku, dan
menunjukkan aku jalan yg terang.
aku pasrah dan redha,
aku serahkan jiwaku hanya kepadaNYA.
aku yakin terhadap takdir dan ketentuannya.
semakin kita bermohon kpd ALLAH,
semakin dekat pertolonganNYA kpd kita,
semakin kita mencintaiNYA,
semakin besar rasa cinta manusia kpd kita.
Bila kita sentiasa mengingatiNYA,
maka sudah tentu dia akan turut mengingati diri kita.
dan

apakah ALLAh itu menolongmu?

Tolonglah dirimu terlebih dahulu..
dengan cara memohon petunjuk, perlindungan dan pertolonganNYA.

Jadilah engkau gadis yg memiliki keyakinan.
Kerana keyakinan itu engkau akan sampai kpd kekasihmu suati hari nanti... "

X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X 

Bijak pandai juga berkata " Berhati-hatilah terhadap cinta,
durinya adalah nafsu dan mawarnya adalah kesucian,
brp byk manusia yg telah mencium harumnya mawar,
padahal
mrk sbnarnya tlh tertusuk duri cinta.
Cinta sejati adalah 
cinta yg bisa menghulurkan tangan untuk memetik mawarnya
tanpa tertusuk duri-durinya.

Kitab Cinta; Yusuf & Zulaikha by Taufiqurrhman al Azizy

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REMINDER #1

assalamualaikum w.b.t...

ini saja-saja copy dari senior 4th year untuk reminder diri sendiri yerk..mane tahu nanti bole tengok2 balik.kalau ingat.haha!
tapi kalau zaman dah berubah nanti tak tahu lah.who knows kan..teheeee


prepare untuk clinical presentation ( physciatric ward) dan prepare untuk interview jpa esok.. moga2 kesemua diberi kemudahan..
21 hours ago ·  · 
  • You, Nurul Farahin Ikhsan and 10 others like this.
    • Hafizul Aremin insyaAllah.. all da best too.. :)
      21 hours ago · 
    • Nor Azila Mansor good luck =p
      21 hours ago ·  ·  1 person
    • Nurul Farahin Ikhsan gud luck senior :)
      21 hours ago · 
    • Safawati Binti Samsuri smoga sgalanye dpermudahkan yer..
      18 hours ago · 
    • Hafizul Aremin alhamdulillah.. semua dapat dilakukan dgn izin ilahi.. tq2 sahabat2 semua.. tips untuk interview - ditnya pasal " superbug" , bagaimana ia berlaku. lain2 bnyak bertnya berkenaan management of diabetis meliitus. role pharmacist at hospital. extra note- tanya pengalaman latihan industri di pharmaniaga.. :).. esok kena present clinical.. all the best kawan2..
      about an hour ago · 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS