RSS

thesis

Assalamualaikum


Masih ku ingat.. tatkala aku darjah 6 masa tu.. baru nak belaja buat kajian tempatan kowt.

The industrial owner punya pekerja yang aku interview ask me " oh kajian untuk thesis ke ? " mataku berkelip dua tiga kali, erhh thesis.. makhluk apakah itu?? oh mmg tak tahu maklumlah anak sulung semuanya baru bagi aku. kesian.. :D See my comel zikri sgt petah bercakap =.=

Sekelip mata jugaklah aku sedang mengusahakan projek final ku skrang. Masa yang pergi mmg takkan pernah kembali. 

Doakan semua berjalan lancar ye .. lagi 2weeks nak midsem exams juga masalahnya semuanya kelihatan kabur pada pandangan mata..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

So much




























































































































SO MUCH I WANNA DO.. BUT SOMETIME ITS JUST END THERE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

i may not perfect


Hyep =)


Masih ada masa lagi kan buat benda macam nie?
huk3 thinking that i'm really masih budak-budak =.= .


Tak sampai hati nak makan benda manis ni. Beli pun sbb suka so, bagi pada org benda yg kita suka kan lbh gembira ;P

tanda harga tue sengaja tanak buang beli kat genting special sket. ehehehe ;D

Jikli, kakak nak main dgn jikli ~ =.= *mood gedik





I may not perfect
But some part of me are interesting
anyone pon sama kan =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

a part of my life


Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya.
Cukuplah rasa ini aku pendam.  Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang amat indah sekali. Tatkala ibu dan bapaku melengkapi di sisi, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku mengerti mungkin pertemuan yang indah ini harus jua dilalui dengan jalan terbaik buat kami. Aku serahkan jodohku padaMu. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia



Saya tengah belajar swimming =.= hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS