Memang
sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma
mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap
individu.Semua insan dalam dunia ini
pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa
kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau
kita paksa.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada
apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari
jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang.
Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang
baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti
insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam
berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya
salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan
yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau
banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku
sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa
cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku
pada-Nya.
Cukuplah rasa ini aku pendam. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati
aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi
samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku.
Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.
Saat aku dan dia menjauh
Pernah
satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak
sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia
makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia
lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami.
Kami dipertemukan dalam keadaan yang amat indah sekali. Tatkala ibu dan bapaku
melengkapi di sisi, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami.
Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan
bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh
itu, aku mengerti mungkin pertemuan yang indah ini harus jua dilalui dengan
jalan terbaik buat kami. Aku serahkan jodohku padaMu. Biarlah 'JARAK' ini
menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin
samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku
yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh
antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan
jua di garisan takdir antara kami nanti.
Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku
semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk
menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah
menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk
memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk
mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan
dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk
melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima
kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima
kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi
tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku
sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan
sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari
pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya.
Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi
ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga
di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia
Saya tengah belajar swimming =.= hehehe
0 ice cream for me ;):
Post a Comment