RSS
Showing posts with label cakap2 kosong. Show all posts
Showing posts with label cakap2 kosong. Show all posts

judge

Probably only realized it now

we become more judgement as we grow adult
as we become to think what good and bad
what we can take and throw
learned from the scene
take beneficial perception
As we see... we learned..

That's back to a words
Kanak-kanak belajar dari apa yang mereka lihat
Same goes here as we are becoming "adults" we should learn how they be
Thanks to those encouraging people around me :)


*generally i'm a passive type (hmm think so) :P
tapi takkan lah nak kena minum nescafe to be active? i hate those nescafe and coffee..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan




Eventhough the heart seems so afraid and anxiously thinking about what would happen
Anyhow u have to be brave

Like a mum who afraid when a snake sneak in her house
She has no choice, but to be brave
So that her child won't afraid


{azkiya}

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Calming day

Assalamualaikum ^^


Hye friends ;') Nowadays seems no time for me to update this blog, 
bz'ing with the lab work lah katakan =.=

But today it's so blissfully happy to be at home leaving all the works.
Know what? mama and ayah's house renovation has been completed.
So, i will get my new pinky room~ yeye (^^v)

Btw, wished me luck in passing through this final year. 
Insyaallah, will be more stronger and matured. 


matured enough? haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

a cut. and. a heart

assalamualaikum..

it has been a long time.. since the day i had a deep cut at my finger .i ingat by the time i was at four or five pastu nyorok2 tak mahu bagi tahu mama. nanti lagi kene marah.wuwuuu ;'(
kat rumah sorang2. gi mana si mahu buat kerja. XD ahaha from sunday i ingat luka tu da heal sikit2. tapi ini mak dan bapak sudah gi kerja ngak baik2 jugak. sad

tuck pon dah mati. aaaaa~~ jgn salahkan saye. dia yg nampak macam weak je. lastly tak tahan beberapa hari dibawa pulang dah kiok. i sedih lagi. sedih kat rumah tak best lah. takde kawan nak buat aku gelak. kalau taknak gelak. *gelak sendiri lah... pheww

a few years ago. i feels so happy even though i'm really sad because i have him. sekarang, sedih sorang2 sudahlah. banyak gedik pulak.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kisah # 1

assalamualaikum wbt. hari pekerja pun da berlalu.maka hari ni sume orang bekerja semula.tinggal aku je duk menunggu si suami pulang sebab memang tak pernah si suami pulang rumah.sebab aku tak kawen lagi.wekk lempang sikit aku.

semalam, satu pengajaran buat adikku.nak golek2 aku ketawa dalam kereta lepas tengok rambut adik aku macam cina kopet. dapat bayang rambut cina kopet cane? bayang-bayangkanlah sendiri. takde bukti sebab ijat geram giler dengan rambut baru dia. maka diharamkan ambil gambar. nanti aku pulak kena pelempang satu dua. nasib sebelum melepaskan dia pulang asrama lembut juga hati dia nak salam kakak dia ni. as a lesson to him. tu lah..mama duk membebel suruh potong rambut dia buat main2. last minute tak sempat cari kedai sebab ramai orang sebok nak potong rambut jugak. semalam atuk cousinku pulang ke Rahmatullah. innalillah..

sampai2 rumah lepas menghantar dua adik aku balik ke penjara diorang, ( haha padan muke korang.aku dah lepas! XD ) nampak pulak tahi ayam sesedap kfc masih lagi panas depan pintu rumah. aiseyh, memang nak kena punya ayam ni. dapat kau aku goreng!! aku dah agak, kalau tak aku yang membersih itu tahi sape lagi.tapi aku gagahkan jugak tahi ayam tu bia dia kering sampai pagi ni :P

cehh. hari ni punya cerita pepagi duk kemas rumahlah. my mum selalu tanya aku balik "along tak sapu lagi eh? " ini soalan paling geram. aku dah sapu lah.ape aku sapu tak bersih? erkk...maybe mama balik dah petang maka segala kebersihan pun akan bertukar menjadi kekotoran semula. 

dan lagi, tetengah nak  membersih tahi ayam kfc semalam ade pulak cicak mati bawah kerusi. macam ni lah harian aku.bukan hari ni je. ini hari aku letak dalam blog ni bagi anak-anak dara aku kelak supaya dapat baca betapa rajin giler nak mampus mak diorang. hehehe oh, adakah mereka akan membaca tulisan picisan ini kelak? aku pun tak tahu.

selesai membersih, ade lap kaki. aku was-was macam ade bekas tahi ayam kfc semalam je. so aku basuh lah sekali. tetengah membasuh sabun habis. aku bantai je sabun badan. hehe bertuah kau wangi macam manusia.

teringat ayah cakap tahi cicak ade kat tempat solat.aku pun ambil lah sebaldi air + pencuci lantai (tengok ape type yang mama beli ni, sekali punya tegok ade perisa romantik rose lah, ceh perisa lah sangat.huhuu) maka aku pun menyebarkan sepenuh perasaan romantik ke seluruh isi rumah. kemudian menunggu si suami pulang.harharhar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kisah cinta kopi masin

assalamualaikum...
tetibe nak tulis kisah cinta, tapi saya tak pandai bercerita kisah cinta..so, cerita ni ambil dari sini, n hope satu hari nanti saye pandai bercerita..hehehee

Kisah cinta kopi masin

www.Halaqahnet
Pengirim :  raihan ety
Editor  :  PenaHalaqah


Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan. 

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka. 

"Astaghfirullah", bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya. 

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?" 

“Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum berpunya lagi”, jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini! 

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata 

"Berikan saya kopi masin!" 

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya. 

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?" 

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut....masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini" jawab lelaki ini. 

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan, mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya. Dia pasti seorang yang menyintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sanggat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya. 

Setelah peristiwa tersebut, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di ma'had tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka. 

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya. 

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya. 


"Sayangku,
 sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu.. 

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi." 

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu. 

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya,"Bagaimana rasa kopi yang masin?" 

Dia dengan pastinya menjawab,"Rasanya manis sekali" 


Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan,
Dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Wallahu a’lam 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

students.

assalamualaikum w.b.t

nature of a student to have lots of works.. then, kalau dah kerja pon kena jadi super worker pulak.. maklumlah nak kaya..eh, bukan kaya roti pulekkk...haha
 so, enjoy je buat homework! nanti akan kau rindu saat2 ini..mengkopi, menggam dan menukar..haha 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GO!




apakah yang dikejar dalam hidupmu~~ 
berkali ku kata padamu~~
kita singgah di dunia yg sementara~~
penuh tipu daya~~

but life must go on with a high new spirits!





                          GO!hargai saat ini, waktu ini.bukan bermakna perlu enjoy ya!haha =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS