RSS

Jom buat karipap! =)

Assalamalaikum

petang-petang ni nak kongsi resipi karipap sikit =) ouhh..membe ku ainul sebok bertanya pasal karipap die makan kat umah aku cuti lepas,macam mana nak buat ye?? hak2, nak tahu tak? banyak ainul makan karipap yang aku dan family buat tu ^^

nah resipi 

Bahan-bahan
  • 5 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar butter - panaskan
  • 2 sudu minyak masak - panaskan
  • secubit garam
  • 1 cawan air suam
INTI
  • 6 biji kentang
  • 3 sudu besar kari ayam/ daging
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu udang kering
  • 1 cawan daging hancur
  • sedikit lada kering
  • garam dan gula secukup rasa
  • air
Cara-cara

  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, majerin, minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yang rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas. Bancuh air + garam. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk membuat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar, bawang putih, lada kering dan udang kering . Tumiskan bahan2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang, daging hancur, air dan garam serta gula secukup rasa. Masak dengan menggunakan api sederhana sehingga kentang empuk dan air kering.
  4. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
  5. Apabila inti telah sejuk, boleh lah memulakan proses mencanai dan mengelim karipap.
  6. Doh karipap tadi bulat-bulatkan ikut saiz 1 biji karipap. Bila dah siap, tutup dengan plastik supaya tak kering. Selepas itu, canai doh jangan terlalu nipis.
  7. Masukkan inti dan kelim, inti tidak perlu terlalu banyak.
  8. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
Jika mahu lebih sedap bolehlah tambah daging atau ayam mengikut kemahuan anda.=)

Sekian.

kelim karipap tak cantik sebab kitorang(aku dan adik2) act tak pandai mengelim..haha




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 ice cream for me ;):

ainulb said...

hahaha...far x sep aku makn karipap byk..wat segan jer..huhuu
tp xpe..karipap tue memg sdap
kalo org len mkn pon, mst byk jgak..hahaa

far, kamsahamnida..kalo aku da wat t, aku bgtau

azkiyafarhana said...

huhuu...sowi2, okei! bagi aku datang umah ko lak g makan karipap ko..haha =)

Alya Najiha said...

hey budakk kecik yang pandai memasak,.
keep up yr gud work!