RSS

Coretan

Assalamualaikum ;)

This gonna be a long post for me.. kowt?ecece Last weekend.. we went to Istana Budaya to watch Badai Semalam. Overall mestilah syok..ehehee tak sangka saya suka perasaan itu *the reality of all the celeberity berlakon dalam teater tu. Erra Fazira as Mazni punya suara sgt merdu, mestilah dengan sound system yg sgt ohsem.hihi Ziela Jalil as ibu Mazni ,Umie Aida as Puan Rohana, Aroon Aziz as Karim, Fizz Fairuz as Zaki..




Here i selitkan sekali review ^^

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ. 

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya. 

Dari perassan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti. 

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri. 

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni yang berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?.

Ending teater tu Mazni akhirnya dapat juga mencapai cita-citanya sebagai doctor dgn pertolongan Zaki sebab Zaki pon doctor. Karim accident sebab kecewa Mazni tinggalkan dia. Dan Mazni tak juga memilih Zaki. Mazni berhijrah ke Kuala Lumpur untuk membina hidup baru.

I suka teater ni *even though macam biasa je cerita dia kan^^ ianya mengisahkan sedikit sebanyak disebalik kehidupan seharian. Setiap yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman. Tidak mustahil jika apa yang kita miliki hari ini tidak akan sama dengan masa hadapan kelak. Tidak semestinya kita akan gagal dan derita buat selama-lamanya. 

Lakonan Era as Mazni sangat berbekas dalam hati saya *ceh berbunga la pulak en ;P dengan suara dia yg merdu n lagu2 dia pun sedap.

    *********************************************************
Lepas tue.Lepas tue. Finally.. last wednesday i dapat juga lunch buffet di Seoul Garden, Festival City Danau Kota after class.huu Bertapa dalam tu selama 3jam. Lama tak? kikii alang2 tu bia lunch+dinner sekali. Serius penoh pewut caye.haha Saya dan rakan2 tak perlu buy groupon ticket pun just guna student card dapat RM23 for student price. Jumpa sekali Chinesee girls Choy Ee,Suming Yeoh,Zihan n Yvone ;) diorang kata lainkali mahu pg bole pinjam groupon tu! hihi

Ada org kata ank2 dara ni tak reti susun makanan atas meja~~ =.=

Far + Ana = Farhana *bagus tak equation ni.hihihi

Sapgiri dan Syakgiri..ehehehe deriavtive onagiri

This is the place yang nak sgt pergi tuh.alaa ;B

Teleng kepala macam tengiling 

huh..

Dah kenyang.bubui ;P


Oh. banyak sgt nama all kinds of food there yang sedap tu ambil byk2 B-) i like teriyaki beef the most. Tapi sebab dah byk sgt jadi tak sesedap seperti suapan pertama sebab mula2 perut lapar sgt. Lepas makan, perut terus jadi penuh, bila nak jalan rasa mcm kura2 sebab tak bole jalan dgn cangkerang yg berat.hihihi Saya tak ingat byk pun apa yang saya makan tu ada la yang saya tahu char siew chicken, SzeChuan chicken, tomyam chicken. I also took curry chicken but i think i do not like it very much. Then, makan eskrem sebagai pencuci mulut~ Rasa sedap sgt dengan benda sejuk tue after dah makan too much oily foods.hihihi Lunch jadi sgt indah dengan gelak tawa rakan2 termasuk saya jugak.XD

After finished, kitorang solat n jalan2 sekejap.. Jumpa kedai bunga..mati2 saya ingat bunga betol! but its all plastic.huh naif betol.. 

Credit to Syakgiri ;P


style tak? hihihi

For me ^^
"Happiness is time spent with a friend and looking foward to sharing time with them again."- Lee Wilkinson

*With all this happiness congratez to Hamiesah n her hubby. She's my 2nd classmate yg dah menyelami satu fasa baru dalam hidup.Alhamdulillah dan Selamat Pengantin Baru..masih tak terlambat kan ;) 

  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 ice cream for me ;):

nursyam!m!salleh said...

far..bestyeeee tgok teater mkn seoul gardennnnn...bestyer2 bestyer blaja tgh koteeee...

azkiya farhana said...

mimi!! byk dugaan..hihihii kuar duet mcm air... jpa pom brkurang je b4 nk byr yuran XD