Assalamualaikum :)
SALAM MAAL HIJRAH
Saya mahu share doa awal dan akhir tahun..mungkin kita hampir terlupa dengan kalendar islam, saya pun hampir lupa bila harinya satu Muharam itu
tetapi alhamdulillah ada kawan2 yang saling mengingatkan dan berkesempatan untuk membaca doa ini.
Doa Akhir Tahun
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, apa jua yang kami lakukan pada tahun ini, yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakanya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal.. Engkau berkuasa untuk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakai-Mu,
maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami.
Dan apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redha dan Engkau janjikan ganjaran pahala, maka kami pohonkan kepada-Mu Ya Allah, wahai Tuhan yang Pemurah, wahai Empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah daripada kami dan janganlah diputuskan harapan kami terhadap-Mu,
wahai Tuhan yang Pemurah!
Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Doa Awal Tahun
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, Engkaulah yang abadi, yang qadim (sediakala) dan yang awal. Dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kepemurahan-Mu yang sejati, tahun yang baru tiba ini kepada kami.
Maka kami pohonkan kepada-Mu keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam, para penolongnya dan tentera-tenteranya,
dan kami pohonkan pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh kejahatan dan pertolongan untuk bergiat dengan amalan yang menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan, wahai yang paling mengasihani di antara yang mengasihani.
Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.
0 ice cream for me ;):
Post a Comment