RSS

-sahabat-

sahabat...
satu kupinta terimalah aku seadanya..
aku munkin boleh berubah...
tapi itu memerlukan masa..
atau mungin kerana aku mmg adalah aku..
physical, chemical, jasmani dan rohani adalah aku...;P
aku bukan kanak2 kecil yang boleh kau lentur seperti buluh..
yang boleh kau luahkan segala apa yg kau rasa tentangku..
satu yang kau perlu tahu....
satu yang kau perlu sedar...
aku punyai perasaan...
aku punyai hati...
aku mahu gembira dengan apa aku adanya...
cubalah terima aku seadanya..
tapi, harus kau tahu juga...
yang aku tak pernah berhenti untuk merubah diriku...
insyaallah menjadi yang lebih baik..
kemaafan ku pinta kerana tak pandai menjaga hatimu...
satu yang kau perlu tahu...
aku juga punyai mulut untuk melawan kata2 mu...
tapi tidak ku lakukan itu kerana aku tahu...
aku perlu menerima kamu seadanya..
mungkin saling menasihati dan tegur-menegur adalah baik buat aku dan kamu dan DIA...
tapi kau perlu tahu itu perlukan masa...
dan perlu datang dari lubuk hatiku ,
kadang-kadang aku terlupa, kadang2 aku alpa...
aku minta maaf, 
kerana aku banyak kekurangan...

Ya ALLAH...
kau redhailah sahabatku ini...
yang sentiasa memahamiku....
di kala aku tidak memahaminya...
yang sentiasa memberi peringatan...
buat diriku yang lemah dengan godaan dunia...
yang sentiasa menjaga aibku....

dan..
kau kurniakanlah kemudahan disetiap kesusahannya....
makbulkan impianya....
kurniakannya kebahagiaan di dunia dan akhirat...

AMIN....




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS